Sesiapa yang tidak berdoa kepada Allah, Dia (Allah) akan murka kepadanya

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من لا يدعو الله يغضب عليه، وإن الله ليغضب على من يفعله، ولا يفعل ذلك أحد غيره. يعني في الدعاء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang tidak berdoa kepada Allah, Dia (Allah) akan murka kepadanya. Sesungguhnya Allah benar-benar murka kepada sesiapa yang melakukannya (iaitu tidak berdoa) dan tidak ada sesiapa pun yang boleh melakukannya selain Dia – iaitu dalam berdoa –.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 1486, hadis nombor 7587. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن أبي هريرة – رضي الله عنه – مرفوعا: ((من لا يدعو الله يغضب عليه، وإن الله ليغضب على من يفعله، ولا يفعل ذلك أحد غيره. يعني في الدعاء)). [ك، ((الضعيفة)) (4040، 7101)]

(Lemah)
Daripada Abu Hurairah RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang tidak berdoa kepada Allah, Dia (Allah) akan murka kepadanya. Sesungguhnya Allah benar-benar murka kepada sesiapa yang melakukannya (iaitu tidak berdoa) dan tidak ada sesiapa pun yang boleh melakukannya selain Dia – iaitu dalam berdoa –.
[Riwayat al-Hakim dalam Mustadrak. Lihat Silsilah al-Da'ifah; no. 4040, 7101]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.