Sesiapa yang tidak berasa malu dengan manusia, maka dia tidak akan berasa malu dengan Allah SWT

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من لا يستحي من الناس؛ لا يستحي من الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang tidak berasa malu dengan manusia, maka dia tidak akan berasa malu dengan Allah SWT.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 73, hadis nombor 348. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن داود بن مطرف، عن أبيه قال: إنا مع أنس بن مالك، فاستقبله الناس قد انصرفوا من الجمعة، فدخل داراً وقال: سمعت رسول الله – صلى الله عليه وسلم – يقول: ((من لا يستحي من الناس؛ لا يستحي من الله)).
[طس، ((الضعيفة)) (‌‌3832)]

(Palsu)
Daripada Dāwud ibn Muṭṭarif daripada bapanya berkata: “Sesungguhnya kami berada bersama dengan Anas ibn Mālik RA. Kemudian beliau bertemu dengan orang ramai yang baru lepas pulang dari solat Jumaat. Selepas itu beliau masuk ke dalam rumah dan berkata: “Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang tidak berasa malu dengan manusia, maka dia tidak akan berasa malu dengan Allah SWT”.”
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah (3832).

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.