Terlalu Daif

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang tidak ada perasaan malu maka tiada ghibah padanya

Teks Bahasa Arab

مَن لاحياءَ له فلَا غِيبةَ لهُ.

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang tidak ada perasaan malu maka tiada (istilah) ghibah (mengumpat) padanya.

Sahabat Perawi

  1. Abdullah bin Abbas RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Terlalu Daif

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 29, hadis no. 96. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف جدا) عن ابن عباس - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((من لا حياء له فلا غيبة له)). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1866)]

(Terlalu Daif) Daripada Ibn Abbas RA (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang tidak ada perasaan malu maka tiada (istilah) ghibah (mengumpat) padanya. [Riwayat Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no.1866]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.