TEKS BAHASA ARAB
من أتى الجمعة والإمام يخطب؛ كانت له ظهرا.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang tiba (untuk menunaikan) solat Jumaat ketika imam sedang berkhutbah; maka ia dikira solat Zohor.
STATUS
Lemah
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 297 – 298, hadis nombor 1569. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الله بن عمرو – رضي الله عنهما – مرفوعا: ((من أتى الجمعة والإمام يخطب؛ كانت له ظهرا)).
[ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4528)]
(Lemah) Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang tiba (untuk menunaikan) solat Jumaat ketika imam sedang berkhutbah; maka ia dikira solat Zohor.
[Riwayat Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 4528]
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.