Daif
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
منْ أتى الجمعةَ والإمامُ يخطبُ؛ كانتْ لهُ ظُهرًا.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang tiba (untuk menunaikan) solat Jumaat ketika imam sedang berkhutbah; maka ia dikira solat Zohor.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin ‘Amr bin al-‘As
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Daif
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 297 - 298, hadis no. 1569. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن عبد الله بن عمرو - رضي الله عنهما - مرفوعا: ((من أتى الجمعة والإمام يخطب؛ كانت له ظهراً)). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (4528)]
(Daif) Daripada ‘Abdullah bin ‘Amr RA secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang tiba (untuk menunaikan) solat Jumaat ketika imam sedang berkhutbah; maka ia dikira solat Zohor. [Riwayat Ibn ‘Asakir. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 4528]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman