Sesiapa yang terlepas solat-solat fardhu

TEKS BAHASA ARAB

حديث: من فاتته فرائض ولم يعلم عددها، فليصل أربع ركعات أول جمعة في شعبان، فإن لم يتيسر له ففي أول جمعة من رمضان. الحديث الطويل.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang terlepas solat-solat fardhu dan tidak mengetahui jumlah bilangannya, hendaklah dia solat empat rakaat pada awal Jumaat bulan Sya’ban. Jika dia tidak berkesempatan melakukannya, maka lakukan pada awal Jumaat bulan Ramadan… Hadith yang panjang.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 193, hadis nombor 599. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

موضوع إجماعا.

Palsu secara ijmak.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs