Sesiapa yang tergerak hati ke jalan Allah, maka dosa kesemuanya akan berguguran

TEKS BAHASA ARAB

إذا رجف قلب المؤمن في سبيل الله تحاتت خطاياه كما تحاتت عذق النخلة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang tergerak hati ke jalan Allah, maka dosa kesemuanya akan berguguran sepertimana gugurnya buah kurma di pokok.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2004, hadis nombor 10052. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(موضوع)
عن سلمان -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله: إذا رجف قلب المؤمن في سبيل الله تحائت خطاياه كا تحائت عذق النخلة.
[حل، ((الضعيفة)) (2612)]

(Palsu)
Daripada Salman RA beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang tergerak hati untuk jalan Allah, maka dosa kesemuanya akan berguguran sepertimana gugurnya buah kurma di pokok.
[Riiwayat Abu Nu‘aim dalam Hilyah. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 2612]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs