Sesiapa yang terdapat di dalam jantung hatinya perasaan sayang

TEKS BAHASA ARAB

من كان في قلبه مودة لأخيه، لم يطلعه عليها؛ فقد خانه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang terdapat di dalam jantung hatinya perasaan sayang kepada saudaranya, lalu dia tidak menzahirkannya (kasih sayang) tersebut, maka dia telah mengkhianatinya (saudaranya).

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 89, hadis nombor 451. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن مكحول، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: من كان في قلبه مودة لأخيه، لم يطلعه عليها؛ فقد خانه.
[ابن قدامة في ((المتحابين في الله))، ((الضعيفة)) (4639)]

(Lemah)
Daripada Makḥūl telah berkata: “Rasulullah SAW telah bersabda: “Sesiapa yang terdapat di dalam jantung hatinya perasaan sayang kepada saudaranya, lalu dia tidak menzahirkannya (kasih sayang) tersebut, maka dia telah mengkhianatinya (saudaranya).”
[Diriwayatkan oleh Ibn Quddāmah dalam al-Mutaḥābbīn Fillāh. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no.4639]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs