Sesiapa yang tawaf sekeliling Baitullah

TEKS BAHASA ARAB

حديث: من طاف حول البيت سبعا في يوم صائف شديد حره وحسر عن رأسه كل طواف وقارب بين خطاه وقل التفاته، وغض بصره وقل كلامه إلا بذكر الله، واستلم الحجر في كل طواف من غير أن يؤذي أحدا كتب الله له بكل قدم يرفعها ويضعها سبعين ألف حسنة، ومحا عنه سبعين ألف سيئة، ورفع له سبعين ألف درجة، ويعتق الله عنه سبعين رقبة عن كل رقبة عشرة آلاف درهم، ويعطيه الله سبعين شفاعة إن شاء في أهل بيته من المسلمين وإن شاء في العامة، وإن شاء عجلت له في الدنيا وإن شاء أخرت في الآخرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang tawaf sekeliling Baitullah sebanyak tujuh kali pada hari panas yang panasnya bersangatan dan dia tidak menutupi kepalanya pada setiap pusingan, mendekatkan antara dua langkahnya, sedikit tolehannya, dia menundukkan pandangannya, sedikit berkata-kata melainkan dengan zikir kepada Allah, dia mengusap hajar aswad pada setiap pusingan tanpa menyakiti sesiapa pun, maka Allah akan tuliskan untuknya bagi setiap kaki yang dia angkat dan dia letakkan sebanyak tujuh puluh ribu kebaikan, dihapuskan daripadanya tujuh puluh ribu kejahatan, diangkat untuknya tujuh ribu darjat, Allah bebaskan untuknya tujuh puluh hamba yang setiapnya berharga puluhan ribu dirham, Allah berikan kepadanya tujuh puluh syafaat, jika dia mahu pada keluarganya yang muslim dan jika dia mahu pada orang umum, jika dia mahu akan disegerakan untuknya di dunia dan jika dia mahu ditangguhnya untuknya di akhirat.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 190, hadis nombor 592. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال الملا علي: أخرجه الجندي في تاريخ مكة، عن ابن عباس مرفوعا، وفي رسالة الحسن البصري، ومناسك ابن الحاج نحوه، لكن آثار الوضع لائحة عليه، ولذا قال السخاوي: إنه باطل.

Mulla ‘Ali berkata: Al-Jundi telah mengeluarkannya dalam Tarikh Makkah daripada Ibn ‘Abbas secara marfu’. Juga dalam risalah al-Hasan al-Basri dan Manasik Ibn al-Haj seumpamanya. Namun, kesan-kesan kepalsuan jelas kelihatan padanya. Oleh kerana itu, al-Sakhawi berkata: Sesungguhnya ia batil.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs