Sesiapa yang tawaf di kaa’bah tujuh kali, solat belakang Makam Ibrahim dua rakaat, Minum Air zam-zam

TEKS BAHASA ARAB

من طاف بالبيت أسبوعا وصلى خلف المقام ركعتين وشرب من ماء زمزم غفرت له ذنوبه بالغة ما بلغت


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang tawaf di kaa’bah tujuh kali, solat belakang Makam Ibrahim dua rakaat, minum air zam-zam, diampunkan dosa-dosanya apapun maksiat yang dilakukan.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 106, hadis nombor 7. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


ذكره ابن طاهر في تذكرة الموضوعات
وحكى عن السخاوي: أنه عزاه في المقاصد إلى الواحدي والديلمي وغيرهما وقال: لا يصح وقد ولع به العامة كثيرا وتعلقوا في ثبوته بمنام وشبهة مما لا تثبت الأحاديث النبوية بمثله.

Ibn Tahir meriwayatkan di dalam kitabnya Tazkirah al-Madhuat.
Dinukilkan daripada Al-Sakhawi bahawa beliau menyandarkan hadith ini di dalam al-Maqasid kepada al-Wahidi, al-Dailami, dan selain mereka berdua dan al-Sakhawi berkata: Tidak sahih, ramai masyarakat awam menyukainya, mereka bergantung kepada mimpi dan syubhah yang hadith-hadith nabi tidak disabitkan dengannya.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs