Tidak sahih
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن طَافَ بِالْبَيْتِ أُسْبُوعًا وَصَلَّى خَلْفَ الْمَقَامِ رَكْعَتَيْنِ وَشَرِبَ مِن مَاءِ زَمْزَمَ غُفِرَتْ لَهُ ذُنُوبُهُ بَالِغَةً مَا بَلَغَتْ
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Sesiapa yang tawaf di kaa’bah tujuh kali, solat belakang Makam Ibrahim dua rakaat, Minum Air zam-zam, Diampunkan dosa-dosanya apapun maksiat yang dilakukan
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Tidak sahih
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 106, hadis no. 7. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
Ibn Tahir meriwayatkan di dalam kitabnya Tazkirah al-Madhuat: Dinukilkan daripada Al-Sakhawi bahawa beliau menyandarkan hadith ini di dalam al-Maqasid kepada al-Wahidi, al-Dailami, dan selain mereka berdua dan al-Sakhawi berkata: Tidak sahih, ramai masyarakat awam menyukainya , mereka bergantung kepada mimpi dan syubhah yang hadith-hadith nabi tidak disabitkan dengannya.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman