Sesiapa yang tawadhu (merendah diri) kepada saudara Muslimnya

TEKS BAHASA ARAB

من تواضع لأخيه المسلم؛ رفعه الله، ومن ارتفع عليه؛ وضعه الله.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang tawadhu (merendah diri) kepada saudara Muslimnya, Allah SWT akan mengangkat darjatnya. Dan sesiapa yang meninggi diri di hadapan saudara Muslimnya, Allah SWT akan merendahkan darjatnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 100, hadis nombor 519. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف)
عن أبي هريرة -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: من تواضع لأخيه المسلم؛ رفعه الله، ومن ارتفع عليه؛ وضعه الله.
[طس، ((الضعيفة)) (5269)]

(Lemah)
Daripada Abū Hurayrah RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang tawadhu (merendah diri) kepada saudara Muslimnya, Allah SWT akan mengangkat darjatnya. Dan sesiapa yang meninggi diri di hadapan saudara Muslimnya, Allah SWT akan merendahkan darjatnya.
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5269]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs