Lemah
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَنْ أطاع اللهَ فقد ذَكَر اللهَ، وإنْ قَلَّتْ صلاتُه وصِيامُه وتِلاوتُه لِلقرآنِ. ومَنْ عَصَى اللهَ فقد نَسِيَ اللهَ، وإنْ كَثُرَتْ صلاتُه وصِيامُه وتِلاوتُه لِلقرآنِ.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang taat kepada Allah, maka dia mengingati Allah sekalipun kurang solatnya, puasanya dan bacaan al-Qurannya. Dan Sesiapa yang derhaka kepada Allah, maka dia telah melupakan Allah sekalipun banyak solatnya, puasanya dan bacaan al-Qurannya.
Sahabat Perawi
- Khalid bin Abu Imran
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Lemah
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 2033, hadis no. 10226. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(ضعيف) عن خالد بن أبي عمران، قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: مَنْ أطاع اللهَ فقد ذَكَر اللهَ، وإنْ قَلَّتْ صلاتُه وصِيامُه وتِلاوتُه لِلقرآنِ. ومَنْ عَصَى اللهَ فقد نَسِيَ اللهَ، وإنْ كَثُرَتْ صلاتُه وصِيامُه وتِلاوتُه لِلقرآنِ. [نعيم بن حماد في ((زوائد الزهد لإبن المبارك))، ((الضعيفة)) (4553)]
(Lemah) Daripada Khalid bin Abu Imran, beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang taat kepada Allah, maka dia mengingati Allah sekalipun kurang solatnya, puasanya dan bacaan al-Qurannya. Dan Sesiapa yang derhaka kepada Allah, maka dia telah melupakan Allah sekalipun banyak solatnya, puasanya dan bacaan al-Qurannya. [Riwayat Nu'aim bin Hammad dalam Zawaid al-Zuhd Li Ibn al-Mubarak. Lihat Silsilah al-Da'ifah, no. 4553]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman