Sesiapa yang sukar mencari rezeki maka pergilah ke Mesir, di bahagian baratnya

TEKS BAHASA ARAB

من أعيته المكاسب فعليه بمصر، وعليه بالجانب الغربي منها.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang sukar mencari rezeki maka pergilah ke Mesir, hendaklah dia ke bahagian baratnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 600, hadis nombor 3098. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن عبد الله بن عمرو – رضي الله عنهما -، قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من أعيته المكاسب فعليه بمصر، وعليه بالجانب الغربي منها)). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1884)].

(Lemah)
Daripada Abdullah bin Amru RA beliau berkata: Nabi SAW bersabda: ((Sesiapa yang sukar mencari rezeki maka pergilah ke Mesir, hendaklah dia ke bahagian baratnya.))
[Riwayat Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1884].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.