TEKS BAHASA ARAB
من أعيته المكاسب فعليه بتجارة الأنبياء – يعني الغنم – إنها إذا أقبلت (كذا الأصل) ، وإذا أدبرت أقبلت.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Sesiapa yang sukar mencari rezeki maka hendaklah dia melakukan perniagaan para nabi – iatu kambing, ia jika datang (begini asalnya) dan apabila ia pergi ia datang.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 599, hadis nombor 3097. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(موضوع) عن ابن عباس – رضي الله عنهما -، قال : قال رسول الله صلى الله عليه وسلم: ((من أعيته المكاسب فعليه بتجارة الأنبياء – يعني الغنم – إنها إذا أقبلت (كذا الأصل) ، وإذا أدبرت أقبلت)). [ابن عساكر، ((الضعيفة)) (1883)].
(Palsu)
Daripada Ibn Abbas RA beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda: ((Sesiapa yang sukar mencari rezeki maka hendaklah dia melakukan perniagaan para nabi – iatu kambing, ia jika datang (begini asalnya) dan apabila ia pergi ia datang.))
[Riwayat Ibn Asakir dalam Tarikh Dimasyq. Lihat Silsilah al-Da’ifah, no. 1883].
RUJUKAN
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.