Sesiapa yang suka untuk dipanjangkan umurnya

TEKS BAHASA ARAB

من سره أن يمد له في عمره، ويوسع له في رزقه، ويدفع عنه ميتة السوء، فليتق الله، وليصل رحمه.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang suka untuk dipanjangkan umurnya, diluaskan baginya rezekinya, serta diselamatkan daripadanya kematian yang buruk, maka hendaklah dia bertakwa kepada Allah SWT dan menghubungkan silaturahimnya.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 100, hadis nombor 520. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف بهذا التمام)
عن علي -رضي الله عنه-، قال: قال رسول الله -صلى الله عليه وسلم-: من سره أن يمد له في عمره، ويوسع له في رزقه، ويدفع عنه ميتة السوء، فليتق الله، وليصل رحمه.
[عم، عد، طس، ك، ابن بشران، الضياء، ((الضعيفة)) (5372)]

(Lemah Dengan Lafaz Yang Penuh)
Daripada ‘Alī RA secara marfū’ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang suka untuk dipanjangkan umurnya, diluaskan baginya rezekinya, serta diselamatkan daripadanya kematian yang buruk, maka hendaklah dia bertakwa kepada Allah SWT dan menghubungkan silaturahimnya.
[Riwayat ‘Abdullah Ibn Aḥmad dalam Zawā’id al-Musnad, Ibn ‘Adī dalam al-Kāmil, al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Awsaṭ, al-Ḥākim dalam al-Mustadrak, Ibn Bishrān dalam al-Amālī dan al-Ḍiyā’ dalam al-Mukhtārah. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 5372]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs