Sesiapa yang suka untuk bertemu Allah SWT dalam keadaan suci dan disucikan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حديث: من سره أن يلقى الله طاهرا مطهرا، فليتزوج الحرائر.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang suka untuk bertemu Allah SWT dalam keadaan suci dan disucikan, hendaklah dia berkahwin dengan wanita yang merdeka”.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 123, hadis nombor 13. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه ابن عدي عن علي وابن عباس مرفوعا , وفي إسناده: خمسة كذابون.
وقد أخرجه ابن ماجه من حديث أنس

Ibn Adi meriwayatkan daripada Ali dan Ibn Abbas secara marfu'( disandarkan kepada Nabi) pada sanadnya terdapat lima orang perawi pendusta, Ibn Majah juga meriwayatkan daripada Anas.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon LAPOR kepada pentadbir sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon