Sesiapa yang suka orang ramai berdiri di hadapannya, persiapkanlah tempat duduknya di dalam neraka

TEKS BAHASA ARAB

من أحب أن يتمثل له الرجال بين يديه قياما؛ فليتبوأ مقعده من النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang suka orang ramai berdiri di hadapannya, persiapkanlah tempat duduknya di dalam neraka.

STATUS

Munkar; bahkan Batil dengan tambahan "di hadapannya"

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 227, hadis nombor 1206. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منکر؛ بل باطل بزيادة (بين يديه)) عن عمرو بن مرة الجهني، قال: قال رسول اللہ ﷺ: «من أحب أن يتمثل له الرجال بين يديه قياماً؛ فليتبوأ مقعده من النار». [طس، «الضعيفة» (5748)].

[Munkar; bahkan Batil dengan tambahan "di hadapannya"] Daripada ‘Amr bin Murrah al-Juhani, beliau berkata: Rasulullah ﷺ bersabda: "Sesiapa yang suka orang ramai berdiri di hadapannya, persiapkanlah tempat duduknya di dalam neraka". [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Dha‘īfah, no. 5748].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs