Munkar, Bahkan Batil Dengan Penambahan (Di Hadapannya)

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang suka orang ramai berdiri di hadapannya (bagi memuliakan dirinya)

Teks Bahasa Arab

مَنْ أحبَّ أَنْ يَتَمَثَّلَ لَهُ الرِّجَالُ بَينَ يَدَيهِ قِيَاماً؛ فَلْيتَبَوَّأْ مَقْعَدَهُ مِنَ النَّارِ.

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang suka orang ramai berdiri di hadapannya (bagi memuliakan dirinya), maka siaplah tempat duduknya di dalam neraka.

Sahabat Perawi

  1. ‘Amru bin Murrah al-Juhani

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Munkar, Bahkan Batil Dengan Penambahan (Di Hadapannya)

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 227, hadis no. 1206. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر؛ بل باطل بزيادة (بين يديه)) عن عمرو بن مرة الجهني، قال: قال رسول الله - صلى الله عليه وسلم -: ((من أحب أن يتمثل له الرجال بين يديه قياما؛ فليتبوأ مقعده من النار)). [طس، ((الضعيفة)) (5748)]

(Munkar, Bahkan Batil Dengan Penambahan (Di Hadapannya)) Daripada ‘Amru bin Murrah al-Juhani beliau berkata, Rasulullah SAW bersabda: Sesiapa yang suka orang ramai berdiri di hadapannya (bagi memuliakan dirinya), maka siaplah tempat duduknya di dalam neraka. [Riwayat al-Tabarani dalam al-Mu’jam al-Awsat. Lihat Silsilah al-Da‘īfah, no. 5748]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.