Sesiapa yang sudah mencapai umur 40 tahun namun kebaikannya belum melebihi kejahatannya

TEKS BAHASA ARAB

حديث: من أتت عليه أربعون سنة ولم يغلب خيره شره فليتجهز إلى النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: “Sesiapa yang sudah mencapai umur 40 tahun namun kebaikannya belum melebihi kejahatannya, maka bersiap-siaplah dia ke neraka.”

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 171, hadis nombor 520. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

حَدِيث: من أَتَت عَلَيْهِ أَرْبَعُونَ سنة، وَلم يغلب خَيره شَره فليتجهز إِلَى النَّار. قَالَ الْخَطِيب: عَلامَة الْوَضع لائحة عَلَيْهِ.

Hadith: “Sesiapa yang sudah mencapai umur 40 tahun namun kebaikannya belum melebihi kejahatannya, maka bersiap-siaplah dia ke neraka.”
Al-Khatib berkata: Tanda-tanda palsu itu jelas padanya.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs