Sesiapa yang sudah melakukan hukuman hudud pada sesuatu yang bukan kesalahan hudud

TEKS BAHASA ARAB

من ‌بلغ ‌حدا في غير حد؛ فهو من المعتدين.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang sudah melakukan hukuman hudud pada sesuatu yang bukan kesalahan hudud, maka dia termasuk golongan yang melampau.

STATUS

Lemah

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 797, hadis nombor 4103. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن النعمان بن بشير -رضي الله عنه- مرفوعا: ((من ‌بلغ ‌حدا في غير حد؛ فهو من المعتدين)). [هق، حل، ((الضعيفة)) (4568)]

(Lemah) Daripada al-Nu‘mān bin Bashīr RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang sudah melakukan hukuman hudud pada sesuatu yang bukan kesalahan hudud, maka dia termasuk golongan yang melampau. [Riwayat al-Baihaqī dalam al-Sunan al-Kubrā, Abū Nu‘aim dalam Ḥilyah al-Auliyā’. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4568]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs