Lemah

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang sudah melakukan hukuman hudud pada sesuatu yang bukan kesalahan hudud

Teks Bahasa Arab

منْ بلغَ حَدًّا في غيرِ حدٍّ؛ فهوَ منَ المُعتدينَ.

Teks Bahasa Melayu

Sesiapa yang sudah melakukan hukuman hudud pada sesuatu yang bukan kesalahan hudud, maka dia termasuk golongan yang melampau.

Sahabat Perawi

  1. al-Nu'man bin Bashir RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)

Status

Lemah

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 797, hadis no. 4103. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(ضعيف) عن النعمان بن بشير -رضي الله عنه- مرفوعا: ((من ‌بلغ ‌حدا في غير حد؛ فهو من المعتدين)). [هق، حل، ((الضعيفة)) (4568)]

(Lemah) Daripada al-Nu‘mān bin Bashīr RA secara marfū‘ (disandarkan kepada Nabi SAW): Sesiapa yang sudah melakukan hukuman hudud pada sesuatu yang bukan kesalahan hudud, maka dia termasuk golongan yang melampau. [Riwayat al-Baihaqī dalam al-Sunan al-Kubrā, Abū Nu‘aim dalam Ḥilyah al-Auliyā’. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 4568]

Rujukan

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.