Sesiapa yang solatnya tidak dapat mencegahnya daripada perbuatan keji dan mungkar

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

من لم تنهه صلاته عن الفحشاء والمنكر؛ لم يزدد من الله إلا بعدا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang solatnya tidak dapat mencegahnya daripada perbuatan keji dan mungkar, maka dia tidak menambah dalam hubungannya dengan Allah melainkan kejauhan.

STATUS

Batil

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 347, hadis nombor 1828. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(باطل) عن ابن عباس -رضي الله عنهما-: ((من لم تنهه صلاته عن الفحشاء والمنكر؛ لم يزدد من الله إلا بعدا)).
[طب، القضاعي، ابن أبي حاتم، ((الضعيفة)) (2)]

(Batil) Daripada Ibn ‘Abbās RA: Sesiapa yang solatnya tidak dapat mencegahnya daripada perbuatan keji dan mungkar, maka dia tidak menambah dalam hubungannya dengan Allah melainkan kejauhan.
[Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr, al-Quḍā‘ī dalam Musnad al-Syihāb, Ibn Abu Ḥātim dalam Tafsirnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2]

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia Sdn Bhd, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.