Batil
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
مَن لم تنهَهُ صلاتُه عن الفَحشاءِ و المنكرِ؛ لم يَزدَد من اللهِ إلَّا بُعدًا.
Teks Bahasa Melayu
Sesiapa yang solatnya tidak dapat mencegahnya daripada perbuatan keji dan mungkar, maka tidak bertambahlah (antara dia) dengan Allah melainkan semakin jauh.
Sahabat Perawi
- Abdullah bin Abbas RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H)
Status
Batil
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis daif dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 347, hadis no. 1828. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:
(باطل) عن ابن عباس -رضي الله عنهما-: «من لم تنهه صلاته عن الفحشاء والمنكر؛ لم يزدد من الله إلا بعدا». [طب، القضاعي، ابن أبي حاتم، «الضعيفة» (2)]
(Batil) Daripada Ibn ‘Abbās RA: Sesiapa yang solatnya tidak dapat mencegahnya daripada perbuatan keji dan mungkar, maka tidak bertambahlah (antara dia) dengan Allah melainkan semakin jauh. [Riwayat al-Ṭabarānī dalam al-Mu‘jam al-Kabīr, al-Quḍā‘ī dalam Musnad al-Syihāb, Ibn Abī Ḥātim dalam Tafsirnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 2]
Rujukan
Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.
Makluman