Sesiapa yang solatnya tidak dapat mencegah dirinya dari perbuatan keji dan kemungkaran, maka tiada solat baginya

TEKS BAHASA ARAB

{إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ}؟ قال: من لم تنهه صلاته عن الفحشاء والمنكر فلا صلاة له.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Nabi ﷺ ditanyakan tentang firman Allah Taala: "Sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar". Baginda menjawab: "Sesiapa yang solatnya tidak dapat mencegah dirinya dari perbuatan keji dan kemungkaran, maka tiada solat baginya".

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Syeikh Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān حفظه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis lemah dan palsu beliau berjudul Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj, di halaman 357, hadis nombor 1899. Kitab ini adalah ringkasan kepada kitab Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah karya Syeikh Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī (m. 1420H) رحمه الله . Berikut adalah maklumat tentang hadis ini, seperti yang terdapat dalam kitab ini:

(منكر) عن عمران بن حصين – رضي الله عنه -، قال: سئل النبي ﷺ عن قول الله – تعالى -: {إِنَّ الصَّلَاةَ تَنْهَى عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ}؟ قال: «مَنْ لَمْ تَنْهَهُ صَلَاتُه عَنِ الْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ فَلَا صَلَاةَ لَه». [ابن أبي حاتم في «تفسيره»، «الضعيفة» (985)].

(Munkar) Daripada ‘Imran bin Husayn RA, beliau berkata: Nabi ﷺ ditanyakan tentang firman Allah Taala: "Sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar". Baginda menjawab: "Sesiapa yang solatnya tidak dapat mencegah dirinya dari perbuatan keji dan kemungkaran, maka tiada solat baginya". [Diriwayatkan oleh Ibn Abu Hatim dalam tafsirnya. Lihat Silsilah al-Ḍa‘īfah, no. 985].

RUJUKAN

Muḥammad Nāṣir al-Dīn al-Albānī, & Mashhūr bin Ḥasan Āl Salmān. (2010). Silsilah al-Aḥādīth al-Ḍa‘īfah wal-Mawḍū‘ah Mujarradah ‘An al-Takhrīj. Maktabah al-Ma‘ārif.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, Coastline Marine Sdn Bhd, Hasnuri Sdn Bhd, Padi Pictures Sdn Bhd dan sumbangan orang ramai melalui Tabung Infaq, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs