Sesiapa yang solat sunat pada malam hari raya Aidiladha dua rakaat

TEKS BAHASA ARAB

حديث: من صلى ليلة النحر ركعتين يقرأ في كل ركعة بفاتحة الكتاب خمس عشرة مرة وقل هو الله أحد خمس عشرة مرة وقل أعوذ برب الفلق خمس عشرة مرة وقل أعوذ برب الناس خمس عشرة مرة فإن سلم قرأ آية الكرسي ثلاث مرات واستغفر الله خمس عشرة مرة جعل الله اسمه في أصحاب الجنة _ إلخ.


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang solat sunat pada malam hari raya Aidiladha dua rakaat, dengan dia membaca pada setiap rakaat surah al-Fatihah lima belas kali, surah al-Ikhlas lima belas kali, al-Falaq lima belas kali, An-Nas lima belas kali, setelah memberi salam dia membaca ayat Kursi tiga kali, beristighfar sebanyak lima belas kali, maka Allah mencatat namanya sebagai ahli syurga… hingga akhir hadis.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 53, hadis nombor 113. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


في إسناده: أحمد بن محمد بن غالب هو غلام خليل وضاع.

Pada sanadnya terdapat perawi bernama Ahmad bin Muhammad bin Ghalib, beliau adalah Ghulam Khalil pereka hadith.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs