Classification icon

Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang solat sunat pada hari Arafah diantara Zohor dan Asar empat rakaat

Teks Bahasa Arab

حديث: من صلى يوم عرفة بين الظهر والعصر أربع ركعات يقرأ في كل ركعة فاتحة الكتاب مرة وقل هو الله أحد خمسين مرة كتب الله له ألف ألف حسنة _ إلخ.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Sesiapa yang solat sunat pada hari Arafah diantara Zohor dan Asar empat rakaat dan membaca pada setiap rakaat surah al-Fatihah sekali dan surah al-Ikhlas lima puluh kali, Allah menulis baginya pahala seribu, seribu kebaikan…hingga akhir hadis.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 53, hadis no. 111. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

هو موضوع وفيه: مجاهيل وضعفاء.

Hadith ini palsu kerana padanya terdapat perawi yang tidak dikenali dan lemah.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.