Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang solat Subuh di masjidnya, selepas itu duduk berzikir kepada Allah sehingga terbit matahari

Teks Bahasa Arab

حديث: من صلى الغداة في مسجده ثم جلس يذكر الله إلى أن تطلع الشمس فإذا طلعت حمد الله وقام فصلى ركعتين.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Sesiapa yang solat Subuh di masjidnya, selepas itu duduk berzikir kepada Allah sehingga terbit matahari, setelah matahari terbit dia kemudian memuji Allah lalu bangun solat dua rakaat… hingga akhir hadis.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 57-58, hadis no. 120. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال في الذيل: فيه إبراهيم بن حبان ساقط وقيل: ضعيف يحدث عن الثقات بالموضوعات.

Al-Suyuthi berkata di dalam kitabnya al-Zail: Pada sanad hadith ini terdapat seorang perawi bernama Ibrahim bin Hibban, yang dihukumkan sebagai saqit dikatakan juga seorang yang daif yang meriwayatkan hadith-hadith palsu daripada perawi thiqah.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.