TEKS BAHASA ARAB
حديث: من صلى الفجر في جماعة ثم اعتكف إلى طلوع الشمس ثم صلى أربع ركعات في الأولى: آية الكرسي ثلاثا والإخلاص وفي الثانية: والشمس وفي الثالثة: والسماء والطارق وفي الرابعة آية الكرسي والإخلاص ثلاث مرات _ إلخ.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Sesiapa yang solat Subuh berjemaah kemudian iktikaf sehingga terbit matahari lalu solat empat rakaat, pada rakaat pertama membaca Ayat Kursi tiga kali dan al-Ikhlas sekali, rakaat kedua membaca surah al-Syams, rakaat ketiga membaca surah At-Tariq dan rakaat keempat membaca Ayat Kursi dan al-Ikhlas tiga kali… hingga akhir hadis.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 57, hadis nombor 119. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
قال في الذيل: فيه نوح ابن أبي مريم المشهور بالوضع.
Al-Suyuthi berkata di dalam kitabnya al-Zayl, pada sanad hadith ini terdapat perawi bernama Nuh Ibn Abi Maryam yang terkenal sebagai pemalsu hadith.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.