Palsu

30/06/2024

4 minit bacaan



Sesiapa yang solat Subuh berjemaah kemudian iktikaf sehingga terbit matahari lalu solat empat rakaat

Teks Bahasa Arab

حديث: من صلى الفجر في جماعة ثم اعتكف إلى طلوع الشمس ثم صلى أربع ركعات في الأولى: آية الكرسي ثلاثا والإخلاص وفي الثانية: والشمس وفي الثالثة: والسماء والطارق وفي الرابعة آية الكرسي والإخلاص ثلاث مرات _ إلخ.

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Sesiapa yang solat Subuh berjemaah kemudian iktikaf sehingga terbit matahari lalu solat empat rakaat, pada rakaat pertama membaca Ayat Kursi tiga kali dan al-Ikhlas sekali, rakaat kedua membaca surah al-Syams, rakaat ketiga membaca surah At-Tariq dan rakaat keempat membaca Ayat Kursi dan al-Ikhlas tiga kali… hingga akhir hadis.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 57, hadis no. 119. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

قال في الذيل: فيه نوح ابن أبي مريم المشهور بالوضع.

Al-Suyuthi berkata di dalam kitabnya al-Zayl, pada sanad hadith ini terdapat perawi bernama Nuh Ibn Abi Maryam yang terkenal sebagai pemalsu hadith.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.