Sesiapa yang solat pada malam Sabtu sebanyak empat rakaat

TEKS BAHASA ARAB

من صلى ليلة السبت أربع ركعات يقرأ في كل ركعة فاتحة الكتاب مرة وقل هو الله أحد خمساً وعشرين مرة حرم الله جسده على النار.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang solat pada malam sabtu sebanyak empat rakaat. Dalam solat tersebut dia membaca pada setiap rakaat al-Fatihah sekali dan surah al-Ikhlas 25 kali, Allah akan mengharamkan jasadnya ke atas api neraka.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Riwayat ini disebut oleh Abd al-Hayy al-Laknawi al-Hindi (m. 1304H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah, di halaman 48. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

حَدِيثُ مَنْ صَلَّى لَيْلَةَ السَّبْتِ أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ يَقْرَأُ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ فَاتِحَةَ الْكِتَابِ مَرَّةً وَقُلْ هُوَ اللَّهُ أحد خمْسا وَعشْرين مرّة حَرَّمَ اللَّهُ جَسَدَهُ عَلَى النَّارِ.
أَخْرَجَهُ الْجَوْزَقَانِيُّ مِنْ حَدِيثِ أَنَسٍ مَرْفُوعًا. قَالَ ابْن الْجَوْزِيّ: مَوْضُوع غَالب رُوَاته مَجْهُولُونَ. وَمن رُوَاته يزِيد ضَعِيف. والهيثم مَتْرُوك، وَبشر لَا تحل الرِّوَايَة عَنهُ، وَأحمد بْن عبد الله هُوَ الجويباري الوضاع. انْتهى.
وَأقرهُ عَلَيْهِ السُّيُوطِيّ وَابْنُ عِرَاقِ فِي تَنْزِيهِ الشَّرِيعَةِ عَن الْأَحَادِيث الْمَوْضُوعَة وَغَيرهمَا.

Hadis:
من صلى ليلة السبت أربع ركعات يقرأ في كل ركعة فاتحة الكتاب مرة وقل هو الله أحد خمساً وعشرين مرة حرم الله جسده على النار
Maksudnya : “Sesiapa yang solat pada malam Sabtu sebanyak empat rakaat, dalam solat tersebut dia membaca pada setiap rakaat al-Fatihah sekali dan surah al-Ikhlas 25 kali, Allah akan mengharamkan jasadnya dari api neraka.”
Hadis ini diriwayatkan oleh al-Jauzaqani daripada Anas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW). Ibnu al-Jauzi berkata: Hadis ini ialah hadis palsu. Majoriti perawinya ialah majhul (tidak dikenali). Di antara perawinya ialah Yazid. Dia perawi yang lemah. Haitham seorang yang matruk (hadisnya ditinggalkan). Bisyr tidak boleh meriwayatkan hadis daripadanya. Ahmad Bin Abdullah yang digelar al-Juwaibari adalah seorang pendusta.
Hal ini diakui oleh al-Suyuti, Ibnu Iraq di dalam Tanzih al-Syariah dan lain-lain lagi.

RUJUKAN

Abd al-Hayy al-Laknawi. (t.t.). al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah. Maktabah al-Sharq al-Jadid.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs