Sesiapa yang solat pada malam pertengahan

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حديث: من صلى ليلة النصف من شعبان مائة ركعة ب {قل هو الله أحد} قضى الله له كل حاجة طلبها تلك الليلة وحصل له كذا وكذا وأعطي سبعين ألف حوراء، وسبعين ألف غلام … إلى أن قال: ويشفع والداه كل واحد منهما في سبعين ألفا.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang solat pada malam pertengahan (nisfu) Syaaban 100 rakaat, dengan membaca (Qul Huwallahu Ahad) , maka Allah tunaikan segala keperluannya yang diminta pada malam tersebut, akan mendapat kelebihan begini dan begini, dia diberi 70 000 bidadari, 70 000 hamba.. Hingga sabda Baginda: Dan setiap kedua ibu bapanya diberikan syafaat untuk 70000.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 187, hadis nombor 585. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

موضوع.
قال ابن قيم الجوزية: وهذه الصلاة وضعت بعد الأربعمائة نشأت من بيت المقدس فوضع لها عدة أحاديث.

Palsu.
Ibn Qayyim al-Jauziyyah berkata: Solat ini telah direka-reka selepas 400 tahun, timbul dari Baitul Maqdis, lalu direka-reka untuknya berbagai hadith.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.