Sesiapa yang solat pada malam pertengahan Rejab empat belas rakaat dengan membaca

Please complete the required fields.




TEKS BAHASA ARAB

حديث: "من صلى ليلة النصف من رجب أربع عشرة ركعة يقرأ في كل ركعة الحمد مرة و {قل هو الله أحد} عشرين مرة و {قل أعوذ برب الفلق} ثلاث مرات و {قل أعوذ برب الناس} ثلاث مرات فإذا فرغ من صلاته صلى علي عشر مرات ثم يسبح الله ويحمده ويكبره ويهلله ثلاثين مرة. بعث الله إليه ألف ملك _ إلخ".


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang solat pada malam pertengahan Rejab empat belas rakaat dengan membaca pada dengan membaca pada setiap rakaat surah al-Fatihah sekali, surah al-Ikhlas dua puluh kali, surah al-Falaq tiga kali, surah al-Nas tiga kali, setelah selesai dari solatnya dia berselawat ke atasku sepuluh kali kemudian bertasbih, bertahmid, bertakbir dan bertahlil (yakni bacaan la ilaha illa Allah) tiga puluh kali, Allah akan mengutuskan kepadanya seribu malaikat… hingga akhir hadis.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 50, hadis nombor 105. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رواه الجوزقاني عن أنس مرفوعا وهو موضوع ورواته مجاهيل.

al-Jauzqani meriwayatkan daripada Anas secara marfu’ dan hadith ini palsu dan perawi-perawinya tidak dikenali.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon