Sesiapa yang solat pada malam Khamis di antara maghrib dan isyak

TEKS BAHASA ARAB

من صلى ليلة الخميس ما بين المغرب والعشاء ركعتين يقرأ في كل ركعة الفاتحة وآية الكرسي خمس مرات وقل هو الله أحد خمس مرات والمعوذتين خمس مرات فإذا فرغ استغفر الله خمس عشرة مرة وجعل ثوابه لوالديه فقد أدى حق والديه عليه وإن كان عاقا لهما وأعطاه الله ما يعطي الصديقين والشهداء.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang solat pada malam Khamis di antara maghrib dan isyak sebanyak dua rakaat dengan membaca setiap rakaat surah al-Fatihah, ayat kursi sebanyak lima kali, surah al-Ikhlas sebanyak lima kali dan juga Mu’awwizatain (al-Falaq & al-Nas) sebanyak lima kali. Apabila selesai, dia beristighfar kepada Allah SWT sebanyak 15 kali. Lalu dia menjadikan ganjaran tersebut kepada kedua ibu bapanya, maka dia telah menunaikan hak ke atas kedua-dua ibu bapanya walaupun dia seorang yang menderhakai kedua-duanya dan Allah SWT akan memberikan kepadanya apa yang diberikan kepada orang-orang yang benar dan juga syahid.

STATUS

Munkar

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Riwayat ini disebut oleh Abd al-Hayy al-Laknawi al-Hindi (m. 1304H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah, di halaman 55. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

حَدِيثُ مَنْ صَلَّى لَيْلَةَ الْخَمِيسِ مَا بَيْنَ الْمَغْرِبِ وَالْعِشَاءِ رَكْعَتَيْنِ يَقْرَأُ فِي كُلِّ رَكْعَة الْفَاتِحَة وَآيَة الْكُرْسِيّ خمس مَرَّات وَقل هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ خَمْسَ مَرَّاتٍ وَالْمُعَوِّذَتَيْنِ خَمْسَ مَرَّاتٍ فَإِذَا فَرَغَ اسْتَغْفَرَ اللَّهَ خَمْسَ عَشْرَةَ مَرَّةً وَجَعَلَ ثَوَابَهُ لِوَالِدَيْهِ فَقَدْ أَدَّى حَقَّ وَالِدَيْهِ عَلَيْهِ وَإِنْ كَانَ عَاقًّا لَهُمَا وَأَعْطَاهُ اللَّهُ مَا يُعْطِي الصِّدِّيقِينَ وَالشُّهَدَاءَ.
ذَكَرَهُ الْغَزَالِيُّ مِنْ رِوَايَةِ أَبِي هُرَيْرَةَ. قَالَ الْعِرَاقِيّ: أَخْرَجَهُ أَبُو مُوسَى الْمَدِينِيُّ وَأَبُو مَنْصُورٍ الدَّيْلَمِيُّ فِي مُسْنَدِ الْفِرْدَوْسِ بِسَنَدٍ ضَعِيفٍ جِدًّا وَهُوَ مُنكر.

Hadis:
من صلى ليلة الخميس ما بين المغرب والعشاء ركعتين يقرأ في كل ركعة الفاتحة وآية الكرسي خمس مرات وقل هو الله أحد خمس مرات والمعوذتين خمس مرات فإذا فرغ استغفر الله خمس عشرة مرة وجعل ثوابه لوالديه فقد أدى حق والديه عليه وإن كان عاقا لهما وأعطاه الله ما يعطي الصديقين والشهداء.
“Sesiapa yang solat pada malam Khamis di antara maghrib dan isyak sebanyak dua rakaat dengan membaca setiap rakaat surah al-Fatihah, ayat kursi sebanyak lima kali, surah al-Ikhlas sebanyak lima kali dan juga Mu’awwizatain (al-Falaq & al-Nas) sebanyak lima kali. Apabila selesai, dia beristighfar kepada Allah SWT sebanyak 15 kali. Lalu dia menjadikan ganjaran tersebut kepada kedua ibu bapanya, maka dia telah menunaikan hak ke atas kedua-dua ibu bapanya walaupun dia seorang yang menderhakai kedua-duanya dan Allah SWT akan memberikan kepadanya apa yang diberikan kepada orang-orang yang benar dan juga syahid.”
Imam al-Ghazali telah menyebut bahawa riwayat ini daripada Abi Hurairah. Kata al-‘Iraqi, hadis ini diriwayatkan oleh Abu Musa al-Madini dan juga Abu Mansur al-Dailami di dalam Musnad al-Firdaus dengan sanad yang terlalu daif dan ia ialah hadis yang munkar.

RUJUKAN

Abd al-Hayy al-Laknawi. (t.t.). al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah. Maktabah al-Sharq al-Jadid.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Telekom Malaysia, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.