TEKS BAHASA ARAB
حديث: من صلى ليلة الجمعة اثنتي عشرة ركعة بالإخلاص عشر مرات.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Sesiapa yang solat pada malam Jumaat dua belas rakaat dengan membaca surah al-Ikhlas sepuluh kali.
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 46, hadis nombor 101. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
مَوْضُوعٌ وَكَذَا عَشْرُ رَكْعَاتٍ وَكَذَا ركعتان.
Hadith ini palsu, demikian juga riwayat yang menyatakan sepuluh rakaat, begitu juga dua rakaat (semuanya riwayat palsu).
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.