Sesiapa yang solat pada malam Isnin

TEKS BAHASA ARAB

حديث: من صلى يوم الاثنين ست ركعات يقرأ في كل ركعة فاتحة الكتاب مرة، وعشرين مرة {قل هو الله أحد} ويستغفر الله بعد ذلك عشر مرات أعطاه الله يوم القيامة ثواب ألف صديق وألف عابد وألف زاهد.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang solat pada malam Isnin 6 rakaat, membaca pada setiap rakaat surah al-Fatihah sekali dan Qul huwallahu ahad 20 kali, dan dia beristighfar 10 kali, maka Allah akan memberikan kepadanya pada hari kiamat pahala sebanyak 1000 orang yang jujur, 1000 orang ahli ibadah dan 1000 orang yang zuhud.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 189, hadis nombor 589. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

فقبح الله واضعه، قال ابن الجوزية: هو من عمل الجويباري الخبيث.

Semoga Allah memburukkan si perekanya.
Ibn al-Jauziyyah berkata: Ia adalah dari perbuatan al-Juwaibari si jelek.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs