Sesiapa yang solat pada malam Ahad

TEKS BAHASA ARAB

حديث: من صلى ليلة الأحد أربع ركعات يقرأ في كل ركعة فاتحة الكتاب مرة و {قل هو الله أحد} عشر مرات، أعطاه الله يوم القيامة ثواب من قرأ القرآن عشر مرات، وعمل بما في القرآن، ويخرج من قبره ووجهه مثل القمر ليلة البدر ويعطيه الله بكل ركعة ألف مدينة من لؤلؤ، في كل مدينة ألف قصر من زبرجد، في كل قصر ألف دار من ياقوت، في كل دار ألف بيت من المسك، في كل بيت ألف سرير.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang solat pada malam ahad empat rakaat dan membaca setiap rakaat al-Fatihah, sekali dan lima belas kali surah al-Ikhlas, Allah SWT akan mengurniakan pada hari kiamat kepadanya pahala seumpama orang yang membacakan al-Quran sepuluh kali, beramal dengan apa yang terkandung dalam al-Quran, dia akan keluar daripada kuburnya dalam keadaan wajahnya seperti bulan pada malam purnama dan Allah akan memberikan kepadanya bagi setiap rakaat sebanyak 1000 bandar yang diperbuat daripada mutiara, pada setiap bandar ada 1000 istana yang diperbuat daripada permata zabarjad, pada setiap istana ada 1000 rumah yang diperbuat daripada permata yaqut, pada setiap rumah ada 1000 ruang tidur yang diperbuat daripada kasturi, pada setiap tempat tidur ada 1000 katil.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji (m.1305H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu dan tiada asalnya beliau berjudul Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’, di halaman 188, hadis nombor 588. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

واستمر هذا الكذاب الأشر على الألف فعلى الكاذبين لعنة الله ألف صنف.

Si kaki dusta yang sangat jahat ini terus menerus menyebutkan 1000. Semoga Allah melaknat para pendusta dengan 1000 kali.

RUJUKAN

Muhammad bin Khalil Al-Qawuqji. (1415H). Al-Lu’lu’ al-Marsu’ Fi Ma La Asla Lah Au Biaslihi Maudu’ (Fawwaz Ahmad Zamrali, Ed.). Dar al-Basha’ir.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.