Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang solat pada malam Ahad empat rakaat

Teks Bahasa Arab

حديث: "مَنْ صَلَّى لَيْلَةَ الأَحَدَ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ يَقْرَأُ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ فَاتِحَةَ الْكِتَابِ: وَخَمْسَ عَشْرَةَ مَرَّةً قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ أَعْطَاهُ اللَّهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ثَوَابَ مَنْ يَقْرَأُ الْقُرْآنَ عَشْرَ مَرَّاتٍ _ إلخ

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Sesiapa yang solat pada malam Ahad empat rakaat dan membaca setiap rakaat al-Fatihah, lima belas kali surah al-Ikhlas, Allah SWT akan mengurniakan pada hari kiamat pahala seumpama orang yang membacakan al-Quran sepuluh kali.

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 44, hadis no. 90. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

هو موضوع: ورجال إسناده مجاهيل

Hadith ini palsu: Perawi-perawi pada sanadnya tidak dikenali.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.