Sesiapa yang solat pada hari Sabtu sebanyak empat rakaat

TEKS BAHASA ARAB

من صلى يوم السبت أربع ركعات يقرأ في كل ركعة الحمد مرة وقل يا أيها الكافرون ثلاث مرات وقل هو الله أحد ثلاث مرات فإذا فرغ من صلاته قرأ آية الكرسي مرة كتب الله له بكل يهودي ويهودية عبادة سنة صيام نهارها وقيام ليلها وبنى الله له بكل يهودي ويهودية مدينة في الجنة وكأنما أعتق بكل يهودي ويهودية رقبة من ولد إسماعيل وكأنما قرأ التوراة والإنجيل والزبور والفرقان وأعطاه الله بكل يهودي ويهودية ثواب ألف شهيد ونور الله قلبه وقبره بآلف نور وألبسه ألف حلة وستر الله عليه في الدنيا والآخرة وكان يوم القيامة تحت ظل عرشه مع النبيين والشهداء يأكل ويشرب معهم وزوجه الله بكل حرف حوراء وأعطاه بكل آية ثواب ألف صديق وأعطاه بكل سورة من القرآن ثواب ألف رقبة من ولد إسماعيل وكتب له بكل يهودي ونصراني حجة وعمرة.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang solat pada hari Sabtu sebanyak empat rakaat di mana dia membaca pada setiap rakaat al-Fatihah sekali, surah al-Kafirun tiga kali dan surah al-Ikhlas tiga kali, jika dia sudah selesai dari solatnya, dia membaca pula ayat kursi juga, maka Allah akan tuliskan baginya pahala sebanyak bilangan setiap orang Yahudi yang beribadah setahun, berpuasa di siang hari dan bangun malam. Allah juga akan bina untuknya bagi bilangan setiap individu Yahudi, satu bandar di syurga. Bahkan dia seperti membebaskan setiap anak Nabi Ismail. Jika dia lakukan demikian, seakan-akan dia membaca Taurat, Injil, Zabur dan Quran. Allah juga akan memberinya bagi setiap Yahudi, seribu pahala mati syahid. Allah akan menerangkan hatinya dan kuburnya dengan seribu cahaya serta dipakaikan seribu hiasan. Allah akan tutup aibnya di dunia dan akhirat. Pada hari kiamat nanti, dia akan berada di bawah naungan Arasy bersama para Nabi dan para syuhada. Dia akan makan dan minum bersama mereka. Allah juga akan mengahwinkannya dengan seribu bidadari dan memberikan bagi setiap ayat yang dibaca seribu pahala orang yang benar dan setiap surah yang dibaca pahala seribu hamba yang dibebaskan dari anak Nabi Ismail. Allah juga menulis untuknya baginya setiap Yahudi dan Nasrani pahala haji dan umrah.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Riwayat ini disebut oleh Abd al-Hayy al-Laknawi al-Hindi (m. 1304H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah, di halaman 47. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

أَخْرَجَهُ الْجَوْزَقَانِيُّ مِنْ حَدِيثِ أَبِى هُرَيْرَةَ مَرْفُوعًا.
قَالَ ابْن الْجَوْزِيّ مَوْضُوع فِيهِ جمَاعَة مَجْهُولُونَ وَإِسْحَاق بْن يحيى أحد رُوَاته مَتْرُوك انْتهى. وَأقرهُ عَلَيْهِ السُّيُوطِيّ وَغَيره. وَقد ذكره الْغَزالِيّ فِي إحْيَاء الْعُلُوم.
قَالَ الْحَافِظ الْعِرَاقِيّ فِي تَخْرِيج أَحَادِيثه رَوَاهُ جَعْفَر بْن مُحَمَّد الْفرْيَابِيّ فِي جزئه فِي فضل صلوَات الْأَيَّام من طَرِيق مُحَمَّد بْن حميد الرَّازِيّ. وَرَوَاهُ لحافظ أَبُو موسي الْمَدِينِيّ فِي وظائف اللَّيَالِي وَالْأَيَّام من وَجه آخر وَهُوَ بَاطِل مركب على الْإِسْنَاد الَّذِي رَوَاهُ انْتهى.

Hadis:
من صلى يوم السبت أربع ركعات يقرأ في كل ركعة الحمد مرة وقل يا أيها الكافرون ثلاث مرات وقل هو الله أحد ثلاث مرات فإذا فرغ من صلاته قرأ آية الكرسي مرة كتب الله له بكل يهودي ويهودية عبادة سنة صيام نهارها وقيام ليلها وبنى الله له بكل يهودي ويهودية مدينة في الجنة وكأنما أعتق بكل يهودي ويهودية رقبة من ولد إسماعيل وكأنما قرأ التوراة والإنجيل والزبور والفرقان وأعطاه الله بكل يهودي ويهودية ثواب ألف شهيد ونور الله قلبه وقبره بآلف نور وألبسه ألف حلة وستر الله عليه في الدنيا والآخرة وكان يوم القيامة تحت ظل عرشه مع النبيين والشهداء يأكل ويشرب معهم وزوجه الله بكل حرف حوراء وأعطاه بكل آية ثواب ألف صديق وأعطاه بكل سورة من القرآن ثواب ألف رقبة من ولد إسماعيل وكتب له بكل يهودي ونصراني حجة وعمرة
Maksudnya: “Sesiapa yang solat pada hari Sabtu sebanyak empat rakaat di mana dia membaca pada setiap rakaat al-Fatihah sekali, surah al-Kafirun tiga kali dan surah al-Ikhlas tiga kali, jika dia sudah selesai dari solatnya, dan dia membaca ayat kursi juga, maka Allah akan tuliskan untuknya pahala bagi sebanyak bilangan setiap orang Yahudi ibadah setahun, puasa siang hari dan bangun malam. Allah juga akan bina untuknya bagi bilangan setiap individu Yahudi, satu bandar di syurga. Bahkan ia seperti membebaskan setiap anak Nabi Ismail. Jika dia lakukan demikian, seakan-akan dia membaca Taurat, Injil, Zabur dan Al-Quran. Allah juga akan memberinya bagi setiap Yahudi seribu pahala mati syahid. Allah akan menerangkan hatinya dan kuburnya dengan seribu cahaya serta dipakaikan seribu hiasan. Allah akan tutup aibnya di dunia dan akhirat. Pada hari kiamat nanti dia akan berada di bawah naungan Arasy bersama para Nabi dan para syuhada. Dia akan makan dan minum bersama mereka. Allah juga akan mengahwinkan dia dengan seribu bidadari dan memberikan bagi setiap ayat yang dibaca seribu pahala orang yang benar dan setiap surah yang dibaca pahala seribu hamba yang dibebaskan dari anak Ismail. Allah juga menulis untuknya baginya setiap Yahudi dan Nasrani pahala haji dan umrah.”
Hadis ini diriwayatkan oleh al-Jauzaqani daripada Abu Hurairah secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW).
Ibnu al-Jauzi mengatakan bahawa hadis ini adalah palsu. Di dalam sanad ini terdapat ramai perawi yang majhul (tidak dikenali) dan Ishak Bin Yahya yang merupakan salah seorang perawinya adalah seorang yang matruk (hadisnya ditinggalkan).
Hal ini juga diakui oleh al-Suyuti dan lain-lain. Al-Ghazali menyebutkan hadis ini di dalam kitabnya Ihya Ulumiddin. Al-Hafiz al-Iraqi berkata di dalam takhrijnya terhadap hadis-hadis Ihya’: Hadis ini diriwayatkan oleh Jaafar Bin Muhammad al-Firyabi di dalam juzuk hadis tentang kelebihan solat-solat harian daripada jalan Muhammad Bin Humaid Al-Razi. Ia juga diriwayatkan oleh al-Hafiz Abu Musa al-Madini di dalam Wazaif al-Layali Wa al-Ayyam dengan jalan yang lain. Ia ialah hadis yang batil di mana berlaku percampuran di dalam sanad.

RUJUKAN

Abd al-Hayy al-Laknawi. (t.t.). al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah. Maktabah al-Sharq al-Jadid.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs