Sesiapa yang solat pada hari Sabtu ketika waktu duha

TEKS BAHASA ARAB

من صلى يوم السبت عند الضحى أربع ركعات يقرأ في كل ركعة فاتحة الكتاب مرة وقل هو الله أحد خمسة عشر مرة أعطاه الله بكل ركعة ألف قصر من ذهب مكللة بالدر والياقوت في كل قصر أربعة أنهار نهر من ماء ونهر من لبن ونهر من خمر ونهر من عسل على شط تلك الأنهار أشجار من نور كل شجرة بعدد أيامها الدنيا أغصان على كل غصن بعدد الرمل والثرى ثمار غبارها المسك وتحت كل شجرة مجلس مظلل بنور الرحمن تجمع أولياء الله تحت تلك الأشجار طوبى لهم وحسن مآب.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang solat pada hari Sabtu ketika waktu duha sebanyak empat rakaat dan membaca pada setiap rakaat al-Fatihah sekali dan surah al-Ikhlas 15 kali, maka Allah akan memberikannya setiap rakaat yang dilakukan sebuah istana daripada emas yang bersinar dan permata. Setiap istana itu ada empat batang sungai. Sungai daripada air, sungai daripada susu, sungai daripada arak dan sungai daripada madu. Di tebing sungai pula ada pokok-pokok daripada cahaya. Setiap batang pokok itu sebanyak jumlah hari di dunia dan setiap rantingnya sebanyak pasir. Dan ia mempunyai buah. Debunya berbau kasturi. Di bawah setiap pokok ada tempat duduk yang rendang dengan cahaya al-Rahman di mana di situlah berkumpulnya wali-wali Allah. Beruntunglah mereka dan itulah sebaik-baik tempat kembali.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Riwayat ini disebut oleh Abd al-Hayy al-Laknawi al-Hindi (m. 1304H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah, di halaman 48-49. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

حَدِيث: مَنْ صَلَّى يَوْمَ السَّبْتِ عِنْدَ الضُّحَى أَرْبَعَ رَكْعَاتٍ يَقْرَأُ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ فَاتِحَةَ الْكِتَابِ مَرَّةً وَقل هُوَ الله أحد خَمْسَة عشر مَرَّةً أَعْطَاهُ اللَّهُ بِكُلِّ رَكْعَةٍ أَلْفَ قَصْرٍ مِنْ ذَهَبٍ مُكَلَّلَةٍ بالدر والياقوت. فِي كُلِّ قَصْرٍ أَرْبَعَةُ أَنْهَارٍ نَهْرٌ مِنْ مَاءٍ، وَنَهْرٌ مِنْ لَبَنٍ، وَنَهْرٌ مِنْ خَمْرٍ وَنَهْرٌ مِنْ عَسَلٍ عَلَى شَطِّ تِلْكَ الأَنْهَارِ أَشْجَارٌ مِنْ نُورٍ كُلُّ شَجَرَةٍ بِعَدَدِ أَيَّامِهَا الدُّنْيَا أَغْصَانٌ عَلَى كُلِّ غُصْنٍ بِعَدَدِ الرَّمْلِ وَالثَّرَى ثِمَارٌ غُبَارُهَا الْمِسْكُ، وَتَحْتَ كُلِّ شَجَرَةٍ مَجْلِسٌ مُظَلَّلٌ بِنُورِ الرَّحْمَنِ تُجْمَعُ أَوْلِيَاءُ اللَّهِ تَحْتَ تِلْكَ الأَشْجَارِ طُوبَى لَهُمْ وَحُسْنُ مَآبٍ. أَخْرَجَهُ الْجَوْزَقَانِيُّ مِنْ حَدِيثِ أَنَسٍ مَرْفُوعًا. هَذَا حَدِيثٌ مَوْضُوعٌ قَالَهُ ابْن الْجَوْزِيّ والسيوطي وَغَيرهمَا.

Hadis :
من صلى يوم السبت عند الضحى أربع ركعات يقرأ في كل ركعة فاتحة الكتاب مرة وقل هو الله أحد خمسة عشر مرة أعطاه الله بكل ركعة ألف قصر من ذهب مكللة بالدر والياقوت في كل قصر أربعة أنهار نهر من ماء ونهر من لبن ونهر من خمر ونهر من عسل على شط تلك الأنهار أشجار من نور كل شجرة بعدد أيامها الدنيا أغصان على كل غصن بعدد الرمل والثرى ثمار غبارها المسك وتحت كل شجرة مجلس مظلل بنور الرحمن تجمع أولياء الله تحت تلك الأشجار طوبى لهم وحسن مآب
Maksudnya: “Sesiapa yang solat pada hari Sabtu ketika waktu duha sebanyak empat rakaat dan membaca pada setiap rakaat al-Fatihah sekali dan surah al-Ikhlas lima belas kali, maka Allah akan memberinya setiap rakaat yang dilakukan sebuah istana daripada emas yang bersinar dan permata. Setiap istana itu ada empat batang sungai. Sungai daripada air, sungai daripada susu, sungai daripada arak dan sungai daripada madu. Di tebing sungai ada pokok-pokok daripada cahaya. Setiap batang pokok itu sebanyak jumlah hari di dunia dan setiap rantingnya sebanyak pasir. Dan ia mempunyai buah. Debunya berbau kasturi. Di bawah setiap pokok ada tempat duduk yang rendang dengan cahaya al-Rahman di mana di situlah berkumpulnya wali-wali Allah. Beruntunglah mereka dan itulah sebaik-baik tempat kembali.” Hadis ini diriwayatkan oleh al-Jauzaqani daripada Anas secara marfu’ (disandarkan kepada Nabi SAW).
Ibnu Jauzi, al-Suyuti dan lain-lain mengatakan bahawa hadis ini ialah hadis yang palsu.

RUJUKAN

Abd al-Hayy al-Laknawi. (t.t.). al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah. Maktabah al-Sharq al-Jadid.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs