Classification icon

Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang solat pada hari Sabtu ketika waktu dhuha

Teks Bahasa Arab

حديث: "مَنْ صَلَّى يَوْمَ السَّبْتِ عِنْدَ الضُّحَى: أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ يَقْرَأُ فِي كل ركعة فاتحة الكتاب وَقُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ خَمْسَ عَشْرَةَ مَرَّةً أَعْطَاهُ اللَّهُ بِكُلِّ رَكْعَةٍ أَلْفَ قَصْرٍ مِنَ ذهب مكللة بالدر والياقوت _ إلخ

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Sesiapa yang solat pada hari Sabtu ketika waktu dhuha empat rakaat dan membaca pada setiap rakaat al-Fatihah dan surah al-Ikhlas lima belas kali, Allah akan mengurniakannya bagi setiap rakaat dengan istana yang diperbuat daripada emas diliputi dengan permata dan intan..

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 44, hadis no. 88. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

موضوع

Hadith ini palsu.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.