Palsu

30/06/2024

minit bacaan



Sesiapa yang solat pada hari Sabtu empat rakaat dan membaca setiap rakaat al-Fatihah sekali, surah al-Kafirun tiga kali, surah al-Ikhlas tiga kali

Teks Bahasa Arab

حديث: "من صلى يوم السبت أربع ركعات يقرأ في كل ركعة الحمد مرة وقل يا أيها الكافرون ثلاث مرات وقل هو الله أحد ثلاث مرات _ إلخ".

Teks Bahasa Melayu

Hadith: Sesiapa yang solat pada hari Sabtu empat rakaat dan membaca setiap rakaat al-Fatihah sekali, surah al-Kafirun tiga kali, surah al-Ikhlas tiga kali… hingga akhir hadis.

Sahabat Perawi

  1. Abu Hurairah RA

Ulama/Pengkaji Hadis

  1. Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)

Status

Palsu

Komentar Ulama/Pengkaji Hadis

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 44, hadis no. 89. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

رَوَاهُ الْجَوْزَقَانِيُّ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ مَرْفُوعًا وهو موضوع.

Al-Jauzaqani meriwayatkan daripada Abu Hurairah secara marfu’ ( disandarkan kepada Nabi) dan hadith ini palsu.

Rujukan

Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.

Makluman

Maklumat ini merupakan hasil daripada tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.