Sesiapa yang solat pada hari raya aidilfitri selepas dia solat hari raya empat rakaat

TEKS BAHASA ARAB

حديث: "من صلى يوم الفطر بعد ما يُصَلِّي عِيدَهُ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ يَقْرَأُ فِي أَوَّلِ رَكْعَةٍ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ و {سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الأَعْلَى} وَفِي الثَّانِيَةِ: {وَالشَّمْسِ وَضُحَاهَا} وَفِي الثَّالِثَةِ: {وَالضُّحَى} وَفِي الرَّابِعَةِ: {قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ} فَكَأَنَّمَا قَرَأَ كُلَّ كِتَابٍ نَزَّلَهُ اللَّهُ عَلَى أَنْبِيَائِهِ _ إلخ


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith : Sesiapa yang solat pada hari raya aidilfitri selepas dia solat hari raya empat rakaat dengan membaca pada awal rakaat al-Fatihah dan Surah al-‘Ala, pada rakaat kedua membaca surah as-Syams, pada rakaat ketiga membaca surah ad-Dhuha, dan pada rakaat keempat membaca surah al-ikhlas, pahalanya seolah-olah dia membaca semua kitab yang Allah turunkan kepada Nabi-nabi Nya.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 52, hadis nombor 110. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


هو موضوع وفيه مجاهيل

Hadith ini palsu dan pada sanadnya terdapat ramai perawi yang tidak dikenali.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs