Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: "من صلى يوم الفطر بعد ما يُصَلِّي عِيدَهُ أَرْبَعَ رَكَعَاتٍ يَقْرَأُ فِي أَوَّلِ رَكْعَةٍ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ و {سَبِّحِ اسْمَ رَبِّكَ الأَعْلَى} وَفِي الثَّانِيَةِ: {وَالشَّمْسِ وَضُحَاهَا} وَفِي الثَّالِثَةِ: {وَالضُّحَى} وَفِي الرَّابِعَةِ: {قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ} فَكَأَنَّمَا قَرَأَ كُلَّ كِتَابٍ نَزَّلَهُ اللَّهُ عَلَى أَنْبِيَائِهِ _ إلخ
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Sesiapa yang solat pada hari raya aidilfitri selepas dia solat hari raya empat rakaat dengan membaca pada awal rakaat al-Fatihah dan Surah al-‘Ala, pada rakaat kedua membaca surah as-Syams, pada rakaat ketiga membaca surah ad-Dhuha, dan pada rakaat keempat membaca surah al-ikhlas, pahalanya seolah-olah dia membaca semua kitab yang Allah turunkan kepada Nabi-nabi Nya.
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 52, hadis no. 110. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
هو موضوع وفيه مجاهيل
Hadith ini palsu dan pada sanadnya terdapat ramai perawi yang tidak dikenali.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman