Sesiapa yang solat pada hari Rabu sebanyak 12 rakaat

TEKS BAHASA ARAB

من صلى يوم الأربعاء اثنتي عشرة ركعة عند ارتفاع النهار يقرأ في كل ركعة فاتحة الكتاب وآية الكرسي مرة وقل هو الله أحد ثلاث مرات والمعوذتين ثلاث مرات، نادى مناد عند العرش: يا عبد الله، استأنف العمل، فقد غفر لك ما تقدم من ذنبك ورفع الله عنك عذاب القبر وضيقه وظلمته ورفع عنك شدائد يوم القيامة ورفع له من يومه عمل نبي.

TEKS BAHASA MALAYSIA

Sesiapa yang solat pada hari Rabu sebanyak 12 rakaat ketika siang telah tinggi. Lalu dia membaca pada setiap rakaat surah al-Fatihah, ayat kursi sekali, surah al-Ikhlas tiga kali, surah al-Falaq dan surah al-Nas tiga kali, akan ada suara menyeru dari Arasy: Wahai hamba Allah, mulalah beramal. Sesungguhnya dosa kamu yang lalu telah pun diampunkan. Allah telah mengangkat azab kubur, kesempitan dan kegelapan kubur dari kamu. Dia juga telah mengangkat kepayahan pada hari kiamat dan juga diangkat pada harinya itu sama seperti amalan seorang Nabi.

STATUS

Palsu

KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Riwayat ini disebut oleh Abd al-Hayy al-Laknawi al-Hindi (m. 1304H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah, di halaman 54. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:

حَدِيث مَنْ صَلَّى يَوْمَ الأَرْبِعَاءِ اثْنَتَيْ عَشْرَةَ رَكْعَةً عِنْدَ ارْتِفَاعِ النَّهَارِ يَقْرَأُ فِي كُلِّ رَكْعَةٍ فَاتِحَةَ الْكتاب وَآيَة الْكُرْسِيّ مَرَّةً وَقُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ ثَلاثَ مَرَّاتٍ وَالْمُعَوِّذَتَيْنِ ثَلاثَ مَرَّاتٍ نَادَى مُنَادٍ عِنْدَ الْعَرْشِ يَا عَبْدَ اللَّهِ اسْتَأْنِفِ الْعَمَلَ فَقَدْ غُفِرَ لَكَ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِكَ وَرَفَعَ اللَّهُ عَنْكَ عَذَابَ الْقَبْرِ وَضِيقَهُ وَظُلْمَتَهُ. وَرَفَعَ عَنْكَ شَدَائِدَ يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَرَفَعَ لَهُ مِنْ يَوْمِهِ عَمَلَ نَبِيٍّ.
ذَكَرَهُ الْغَزالِيّ مِنْ رِوَايَةِ مُعَاذٍ، قَالَ الْعِرَاقِيُّ: أَخْرَجَهُ أَبُو مُوسَى الْمَدِينِيُّ وَقَالَ رُوَاتُهُ ثِقَاتٌ وَهُوَ مُرَكَّبٌ وَفِي رُوَاته أحد الْكَذَّابين.

Hadis:
من صلى يوم الأربعاء اثنتي عشرة ركعة عند ارتفاع النهار يقرأ في كل ركعة فاتحة الكتاب وآية الكرسي مرة وقل هو الله أحد ثلاث مرات والمعوذتين ثلاث مرات نادى مناد عند العرش يا عبد الله استأنف العمل فقد غفر لك ما تقدم من ذنبك ورفع الله عنك عذاب القبر وضيقه وظلمته ورفع عنك شدائد يوم القيامة ورفع له من يومه عمل نبي.
Maksudnya : “Sesiapa yang solat pada hari Rabu sebanyak 12 rakaat ketika matahari tegak. Lalu dia membaca pada setiap rakaat surah al-Fatihah, ayat kursi sekali, surah al-Ikhlas tiga kali, surah al-Falaq dan surah al-Nas tiga kali, akan ada suara menyeru dari Arasy: Wahai hamba Allah, mulalah beramal. Sesungguhnya dosa kamu yang lalu telah pun diampunkan. Allah telah mengangkat azab kubur, kesempitan dan kegelapan kubur dari kamu. Dia juga telah mengangkat kepayahan pada hari kiamat dan juga diangkat pada harinya itu sama seperti amalan seorang Nabi.”
Al-Ghazali menyebutnya daripada riwayat Muaz. Al-Iraqi berkata : Abu Musa al-Madini meriwayatkan hadis ini dan berkata: Perawi sanadnya ialah perawi yang dipercayai (thiqah), akan tetapi sanadnya direka. Di dalam sanad itu ada seorang pendusta.

RUJUKAN

Abd al-Hayy al-Laknawi. (t.t.). al-Āthār al-Marfū’ah fī al-Akhbār al-Mawḍū’ah. Maktabah al-Sharq al-Jadid.

MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!

Mohon lapor sekiranya terdapat sebarang kesilapan.

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs