TEKS BAHASA ARAB
حديث: من صلى في آخر جمعة من رمضان الخمس الصلوات المفروضة في اليوم والليلة قضت عنه ما أخل به من صلاة سنته.
TEKS BAHASA MALAYSIA
Hadith: Sesiapa yang solat pada hari Jumaat terakhir dalam bulan Ramadhan lima waktu yang difadhukan sehari semalam maka ia menggantikan apa yang kurang dalam solat sunatnya (setahun).
STATUS
Palsu
KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 54, hadis nombor 115. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
هذا: موضوع لا إشكال فيه ولم أجده في شيء من الكتب التي جمع مصنفوها فيها الأحاديث الموضوعة ولكنه اشتهر عند جماعة من المتفقهة بمدينة صنعاء في عصرنا هذا وصار كثير منهم يفعلون ذلك ولا أدري من وضعه لهم.
فقبح الله الكذابين.
Hadith ini palsu, tidak ada pertikaian padanya, aku tidak menemuinya di dalam kitab-kitab yang menghimpunkan hadith-hadith palsu tetapi masyhur di kalangan ulama feqah di Bandar San’a (Yaman) pada zaman ini, dan ramai dikalangan mereka melakukannya dan aku tidak mengetahui siapakah yang menciptanya. Semoga Allah mencela pendusta-pendustanya.
RUJUKAN
Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
MAKLUMAN
Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI. Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin!
Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.