Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: من صلى في آخر جمعة من رمضان الخمس الصلوات المفروضة في اليوم والليلة قضت عنه ما أخل به من صلاة سنته.
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Sesiapa yang solat pada hari Jumaat terakhir dalam bulan Ramadhan lima waktu yang difadhukan sehari semalam maka ia menggantikan apa yang kurang dalam solat sunatnya (setahun).
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 54, hadis no. 115. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
هذا: موضوع لا إشكال فيه ولم أجده في شيء من الكتب التي جمع مصنفوها فيها الأحاديث الموضوعة ولكنه اشتهر عند جماعة من المتفقهة بمدينة صنعاء في عصرنا هذا وصار كثير منهم يفعلون ذلك ولا أدري من وضعه لهم. فقبح الله الكذابين.
Hadith ini palsu, tidak ada pertikaian padanya, aku tidak menemuinya di dalam kitab-kitab yang menghimpunkan hadith-hadith palsu tetapi masyhur di kalangan ulama feqah di Bandar San’a (Yaman) pada zaman ini, dan ramai dikalangan mereka melakukannya dan aku tidak mengetahui siapakah yang menciptanya. Semoga Allah mencela pendusta-pendustanya.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman