Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: "مَنْ صَلَّى يَوْمَ الْجُمُعَةِ رَكْعَتَيْنِ _ إلخ
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Sesiapa yang solat pada hari Jumaat dua rakaat..
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 46, hadis no. 102. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
موضوع وكذا أربع ركعات وثمان واثنتي عشرة قال في المختصر: لا يصح في صلاة الأسبوع شيء
Hadith ini palsu , demikian juga riwayat yang menyatakan empat rakaat, lapan rakaat dan dua belas rakaat (semuanya riwayat palsu). Berkata al-Fairuzabadi di dalam kitabnya al-Mukhtasar: tidak sahih riwayat solat (pada hari tertentu) dalam seminggu suatupun.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman