Sesiapa yang solat pada hari Asyura empat rakaat di antara Zohor dan Asar

TEKS BAHASA ARAB

حديث: "من صلى يوم عاشوراء ما بين الظهر والعصر أربع ركعات يقرأ في كل ركعة بفاتحة الكتاب مرة وآية الكرسي عشر مرات وقل هو الله أحد إحدى عشرة مرة والمعوذتين خمس مرات فإذا سلم استغفر الله سبعين مرة أعطاه الله في الفردوس قبة بيضاء _ إلخ".


TEKS BAHASA MALAYSIA

Hadith: Sesiapa yang solat pada hari Asyura empat rakaat di antara Zohor dan Asar membaca pada setiap rakaat surah al-Fatihah sekali, ayat Kursi sepuluh kali, al-Ikhlas sebelas kali, al-Mu’awwizatayn (yakni al-Falaq dan al-Nas) lima belas kali, lalu selepas memberi salam dia membaca istighfar tujuh puluh kali Allah akan mengurniakannya kubah bewarna putih dalam syurga Firdaus.


STATUS

Palsu


KOMENTAR ULAMA/PENGKAJI HADIS

Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 47, hadis nombor 103. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:


رَوَاهُ الْجَوْزَقَانِيُّ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ مَرْفُوعًا وَهُوَ مَوْضُوعٌ وَرُوَاتُهُ مَجَاهِيلُ.

Al-Jauzaqani meriwayat daripada Abu Hurairah secara marfu' (disandarkan kepada Nabi) sedangkan ia palsu dan perawi-perawinya tidak dikenali.


RUJUKAN

Muḥammad bin ‘Alī Al-Shawkānī. (1995). Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah (‘Abd Al-Raḥman Al-Mu‘allimī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.


MAKLUMAN

Maklumat ini merupakan hasil dari tajaan Badan Kebajikan Islam Telekom Malaysia Berhad, dengan kerjasama Pejabat Mufti Wilayah dan beberapa universiti tempatan. Projek ini diketuai oleh Jabatan Pengajian Islam, Fakulti Sains Kemanusiaan, UPSI.  Moga Allah jadikan ia sebagai pemberat timbangan amalan buat semua yang terlibat. Aamiin! 


Mohon laporkan kepada [email protected] sekiranya terdapat sebarang kesilapan.


beacon

Ingin mempelajari ilmu hadis dengan lebih mendalam? Daftar segera di KUIPs

Tawaran Biasiswa Pendidikan Tinggi MAIPs