Palsu
minit bacaan
Teks Bahasa Arab
حديث: "من صلى يوم عاشوراء ما بين الظهر والعصر أربع ركعات يقرأ في كل ركعة بفاتحة الكتاب مرة وآية الكرسي عشر مرات وقل هو الله أحد إحدى عشرة مرة والمعوذتين خمس مرات فإذا سلم استغفر الله سبعين مرة أعطاه الله في الفردوس قبة بيضاء _ إلخ".
Teks Bahasa Melayu
Hadith: Sesiapa yang solat pada hari Asyura empat rakaat di antara Zohor dan Asar membaca pada setiap rakaat surah al-Fatihah sekali, ayat Kursi sepuluh kali, al-Ikhlas sebelas kali, al-Mu’awwizatayn (yakni al-Falaq dan al-Nas) lima belas kali, lalu selepas memberi salam dia membaca istighfar tujuh puluh kali Allah akan mengurniakannya kubah bewarna putih dalam syurga Firdaus.
Sahabat Perawi
- Abu Hurairah RA
Ulama/Pengkaji Hadis
- Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H)
Status
Palsu
Komentar Ulama/Pengkaji Hadis
Hadis ini disebut oleh Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī (m.1250H) رحمه الله dalam kitab himpunan hadis-hadis palsu beliau berjudul Al-Fawā’id Al-Majmū’ah Fī Al-Aḥādīth Al-Mawḍū‘ah, di halaman 47, hadis no. 103. Berikut adalah komentar beliau terhadap hadis ini:
رَوَاهُ الْجَوْزَقَانِيُّ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ مَرْفُوعًا وَهُوَ مَوْضُوعٌ وَرُوَاتُهُ مَجَاهِيلُ.
Al-Jauzaqani meriwayat daripada Abu Hurairah secara marfu' (disandarkan kepada Nabi) sedangkan ia palsu dan perawi-perawinya tidak dikenali.
Rujukan
Muḥammad bin ‘Alī al-Shawkānī. (1995). Al-Fawāid al-Majmū‘ah Fī al-Aḥādīth al-Mawdū‘ah (‘Abd al-Raḥmān bin Yaḥyā al-Yamānī, Ed.). Dār Al-Kutub Al-‘Ilmiyyah.
Makluman